Sunday, July 25, 2010

PERANAN WANITA DALAM KERJA DAKWAH KEPADA MASYARAKAT ASLI

1.KEDUDUKAN WANITA DALAM BERDAKWAH MENGAJAK KE JALAN ALLAH

Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz

Pertanyaan:

Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : “Apa pendapat Anda tentang wanita dan kegiatan dakwah untuk mengajak ke jalan Allah ?”

Jawapan :

Kedudukan sebagaimana kedudukan kaum laki-laki yang mempunyai kewajiban dakwah mengajak ke jalan Allah dan memerintahkan peruntukan baik dan mencegah kemungkaran, kerana teks Al-Qur’an dan Sunnah yg suci menunjukkan hal tersebut, sementara pendpt ulama dalam masalah tersebut juga sangat jelas. Maka seorang wanita berkewajiban untuk berdakwah ke jalan Allah, memerintahkan kepada peruntukan baik dan mencegah kemungkaran dengan adab yg Islami yg dituntut juga dari seorang lelaki. Ia juga hendak tidak berpaling dari dakwah ke jalan Allah kerana putus asa dan tidak sabar, akibat hinaan atau cacian dari beberapa orang.

Akan tetapi ia harus bertahan dan bersabar walaupun ia melihat beberapa orang yang memperlihatkan suatu ejekan. Hendaklah ia menjaga perkara-perkara lain yakni menjadi suri tauladan dalam menjauhkan diri dari hal yg haram, menutup diri dari pandangan laki-laki selain mahram dan menjaukan diri dari ikhtilath. Lebih dari itu hendak dalam dakwah ia memperhatikan penjagaan diri dari segala yg diingkarinya. Saat berdakwah kepada kaum lelaki, hendaklah ia berdakwah dalam keadaan memakai hijab dan tidak berduaan dgn salah seorang dari mereka.

Apabila berdakwah kepada kaum wanita, hendaklah ia berdakwah dgn hikmah dan menjadi orang yg bersih akhlaq dan peruntukan sehingga mereka tidak menentang dan berkata : “Mengapa ia tidak memulai peruntukan baik dari diri sendiri”. Hendaklah ia menjauhi pakaian yg bisa menimbulkan fitnah kepada orang lain dan menjauhi segala perkara yang bisa menimbulkan fitnah, dari mulai menampakkan keindahan tubuh, lemah lembut dalam berbicara dan segala yg diingkari dalam dakwahnya.

Justeru ia harus berdakwah ke jalan Allah dengan tetap menjaga kondisi yang tidak membahayakan agama dan menodai nama baik sendiri.




2. PENDAKWAH WANITA UNTUK MASYARAKAT ASLI

Kanak-kanak perempuan sebagai fokus

Pertamanya, tidakkah mahu mereka menerima hakikat bahawa dijadikan wanita itu sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri untuk tarbiyatul aulad, untuk mendidik anak-anak. Seringkali dilaungkan, untuk menarik perhatian dan menambat hati Orang Asli dalam kerja dakwah kita, salah satunya adalah dengan berbuat baik dan melayan anak-anak mereka dengan baik, agar mereka dapat menerima kita. Jadi peranan wanita disitu sudah terlihat. Tambahan pula, di kebanyakan tempat Orang Asli , kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak akan bercampur, mereka bahkan lebih malu dari kita. Walaupun mereka hanya kanak-kanak, yang berumur baru satu angka, bukan dua angka seperti kita, bahkan mereka sendiri tidak akan bercampur diantara lelaki dan perempuan. Bahkan satu kampung yang pernah diziarahi, kelas modul yang diadakan, kakak fasililator tidak boleh pergi melihat kelas adik-adik lelaki, kerana mereka amat malu untuk bercampur dengan perempuan. Fasililator lelaki untuk adik-adik lelaki, dan fasililator wanita untuk adik-adik perempuan. Oleh itu untuk apa lagi dinafikan hak wanita dalam turut berdakwah untuk Orang Asli? Atau mahu diabaikan sahaja golongan ini?


Remaja perempuan yang belum berkahwin

Kebanyakan kampung orang asli didapati kurangnya remaja perempuan, dek kerana menjadi adat budaya mereka untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda. Namun, bukanlah tiada langsung kalangan remaja di perkampungan Orang Asli. Dalam berdakwah kepada masyarakat Orang Asli, adakah golongan lelaki yang mahu mengambil tugas berdakwah kepada mereka? Sangat tidak sesuai, kerana sepanjang pengalaman ber’sahabat’ dengan orang Asli, cara dakwah kami ialah dengan kasih sayang. Amat tidak sesuai jika lelaki yang mengambil alih tugas dakwah itu! Bagaimana untuk diterangkan kepada kaum perempuan mengenai Fiqh Mar’ah jika wanita itu tidak dibenarkan untuk turut juga dalam jalan ini?Jadi amat besarlah peranan wanita itu..

Golongan Ibu

Terdapat golongan lelaki dewasa yang sudah berumah tangga yang sudah mampu mendirikan solat dengan baik, tidak lagi perlu untuk follow-up yang secara terus menerus, akidah yang agak mantap dan boleh mencari ilmu agama dengan ikhtiar sendiri, alhamdulillah. Namun, jurang antara mereka dengan isteri merekalah yang agak merisaukan. Mereka masih tidak mampu mengubah dan mendidik pemikiran dan pemahaman isteri mereka sendiri. Lalu di sinilah peranan pendakwah wanita untuk menggunakan psikologi untuk membimbing mereka. Golongan ibu mestilah lebih selesa bersama dengan pendakwah wanita dalam membicarakan ilmu-ilmu agama Islam .Kurang rasa malunya bersama mereka. Dan penekanan akan aspek-aspek ilmu keagamaan dari sisi wanita dapat diberitahu kepada mereka dengan metod pembelajaran yang betul dan benar .

Jadi, sesungguhnya tidak dapat dinafikan,kepentingan pendakwah wanita amat besar sekali untuk penyebaran Islam kepada masyarakat orang Asli..



Rujukan:

sumber dari blogger raihan farhanah- http://lydecker86.wordpress.com/2009/03/31/peranan-wanita-dalam-dakwah/

[Majmu’ Fatawa wa Rasail Mutanawwi’ah, Syaikh Bin Baz, 4/240] [Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita-3, hal. 201, Darul Haq]

Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=793&bagian=0

Sumber Kedudukan Wanita Dalam Berdakwah Mengajak Ke Jalan Allah : http://alsofwah.or.id

Monday, March 1, 2010

ISLAM DALAM MASYARAKAT ORANG ASLI: SATU PERKEMBANGAN DI NEGERI KELANTAN


ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَدِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ
ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk

(Surah An-Nahl, 16:125 )




Mengenali Masyarakat Orang Asli

Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat pribumi yang mendiami kepulauan semenanjung Malaysia. Mengikut sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

Di Kelantan, terdapat 3 kaum Orang Asli yang mendiami negeri ini yang kebanyakannya terdapat di daerah Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Kaum – Kaum tersebut adalah Kaum Temiar yang merupakan salah satu rumpun bangsa Senoi di mana ia merupakan kaum terbanyak di Kelantan yang mendiami daerah Gua Musang dan Jeli dan Kaum Jahai dan Bateq yang merupakan salah satu rumpun bangsa Negrito yang kebanyakannya mendiami daerah Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai. Kebanyakan masyarakat Orang Asli di Kelantan tinggal di pedalaman di mana ia mengambil masa yang lama dan penuh mencabar untuk sampai di sesebuah kampong.

Perkembangan Islam

Perkembangan Islam dalam masyarakat Orang Asli bermula pada tahun 1980an apabila gerakan dakwah mula di giatkan ke kawasan pedalaman. Kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam adalah hasil usaha para pendakwah yang tadak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwah – pendakwah ini adalah terdiri dari pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) , Majlis Agama Negeri dan Badan bukan kerajaan.

Di Kelantan situasi perkembangan Islam juga bermula di era tahun 80an di mana pihak yang memulakan kegiatan ini adalah pendakwah dari badan bukan kerajaan iaitu ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ) melalui unit Islamic Outreach ABIM ( IOA ), Majlis Agama Islam Kelantan ( MAIK ) , Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Kelantan ( JAHEIK ) dan JAKIM. Penyebaran Islam di kalangan masyarakat ini amat mencabar pada ketika itu di mana ketika era tersebut, kedudukan sesebuah pos atau kampong amat pedalaman sekali di mana perjalanan sebagai contoh bermula dari Bandar Gua Musang ke sesebuah pos atau kampong mengambil masa satu hari perjalanan kerana terpaksa meredah hutan dan melalui jalan – jalan balak. Tambahan pula, pada ketika itu masyarakat orang asli kebanyakannya berpindah randah dan ini amatlah menyukarkan.

Walaubagaimanapun kesukaran tersebut, Islam tetap Berjaya di sebarkan di kalangan masyarakat pribumi ini. Kebanyakan pendakwah samaada dari ABIM, MAIK ataupun JAKIM, mereka mengambil pendekatan memasuki kawasan pedalam sebulan sebanyak dua atau tiga kali. Dengan kekerapan tersebut sekarang hampir 70 peratus Islam telah tersebar di dalam masyarakat ini.

Method Dalam Dakwah Orang Asli

Jika dilihat, Dakwah adalah satu cabang ilmu yang dominan sifatnya. Keberkesanan dan kejayaannya bergantung kepada persembahannya yang mantap dan teruji. Oleh itu method serta pendekatannya haruslah praktikal. Aspek-aspek penting yang menyentuh persoalan pokok mengenai kehidupan, pemikiran, citarasa dan lain-lain unsur yang terangkum dalam alam budaya satu-satu etnik semestinya di fahami sebelum seseorang itu menampilkan diri di tengah-tengah kumpulan sasaran sebagai misi dakwah. Jika tidak sukar baginya untuk melaksanakan misi tersebut. Dalam kontek dakwah kepada kaum Asli, teknik dan pendekatan yang digunakan berbeza kerana suasana kehidupan, cara berfikir, persekitaran dan alam budaya mereka berbeza.


Mengikut buku Method Dakwah yang di keluarkan oleh MAIK, Terdapat 5 tahap pendekatan yang digunakan·

Tahap pertama : Mewujudkan suasana kemesraan yang erat dengan penduduk Asli. Sebagai contoh, Komunikasi menerusi pergaulan, Lawatan rumah ke rumah, Buat majlis jamuan dan sebagainya.Pada tahap ini soal agama tidak di sentuh.·

Tahap kedua :

- Pendakwah membuat intipan ke dalam hati kumpulan sasaran (Orang Asli) secara individu untuk mengenali samaada mereka punyai perasaan agama atau tidak.

- Dilakukan dalam perbualan tidak langsung dan semasa mereka kelihatan relaks.

- Contoh, Perbualan intipan:
1. Apa pandangan kamu jika dunia tidak ada Matahari?
2. Boleh jadi suatu masa seluruh tanaman di dunia ini mogok tidak mahu mengeluarkan buah. Waktu itu apa akan jadi pada manusia dan kepada siapa mengharapkan pertolongan?

- Soalan ini akan mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan mereka dan ingin dapatkan jawapan sebenar.·

Tahap Ketiga :

- Mula menarik perbualan kepada isu agama dengan memperkenalkan apa sebenarnya agama Islam.

- Membuat perbandingan antara agama islam & agama-agama lain.

- Perlu menegaskan agama Islam adalah untuk semua bangsa.

- Nyatakan Islam itu mudah & tidak berlawanan dengan fitrah kemanusiaan yang sedia ada dlm diri mereka.

- nyatakan amalan-amalan/pelaksanaan terhadap amalan-amalan wajib (sembahyang, puasa dan lain - lain)

- Bagi yang baru memeluk Islam mereka belajar sedikit demi sedikit bermula dari bawah.·

Tahap Keempat :

- Setelah tahap 3 disempurnakan, pendakwah harus beri masa kpd kumpulan sasaran untuk berfikir & membuat analisa sendiri tentang agama (tempoh 3 hari atau seminggu bergantung pada keadaan & minat seseorang)

- Pada pertemuan berikutnya, pendakwah meninjau pandangan & komen mereka terhadap apa yang dibincangkan.

- Sekiranya jawapan positif, menunjukkan bahawa pintu utk memujuk mereka kpd agama Islam mula terbuka.

- Pendakwah harus lebih kerap mendampingi individu berkenaan utk memikat mereka kepad agama Islam.·

Tahap Kelima : Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan spt Majlis Agama Islam untuk membuat lawatan dan penerangan khas kepada kumpulan sasaran yang mempunyai minat untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam dan berkecenderungan utk memeluk Islam.

Selain itu juga, di Kelantan, semua badan dakwah yang terlibat sepenuhnya dalam dakwah kepada masyarakat Orang asli akan bergabung tenaga dan sentiasa membuat mesyuarat penyelarasan bagi memantapkan lagi aktiviti– aktiviti dakwah ini



Program Susulan.

Setelah mereka di'islam'kan, menjadi tanggungjawab bersama untuk mendidik, membimbing & menerapkan asas-asas penting ajaran Islam tahap demi tahap. Kebiasaannya, mereka yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam akan di bawa keluar dan akan mengikuti kursus asas secara formal. Di Kelantan terdapat Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA ) di bawah kelolaan ABIM melalui unit Islamic Outreach ABIM Kelantan yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang Islam kepada Orang Asli khususnya. Antara Program yang di laksanakan di laksanakan adalah seperti Kursus Asas Kefahaman Islam, Kursus Pengajian Islam dan Kursus Perguruan Fardhu Ain.

Kebanyakan kursus ini berbentuk jangka panjang dan semua pengajian dibiayai penuh oleh pihak PULDOA di mana dana pembiayaan adalah merupakan hasil bantuan orang ramai. Kebanyakan lepasan kursus ini akan menyambung pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah Perkim dengan harapan semoga mereka dapat menjadi pendakwah untuk masyarakat mereka. Situasi ini merupakan permulaan bagi menggalakkan anak – anak orang asli memilih aliran pendidikan agama sebagai pilihan di sekolah menengah.

Selain itu juga, pihak MAIK juga memainkan peranan yang besar dalam menganjurkan kursus – kursus kefahaman Islam terhadap Orang asli. Selain daripada kursus terdapat juga program – program sususlan yang lain.

Antara program yang boleh diadakan :

Ø Adakan Program Amal
Ø Libatkan Mereka Dengan Tanggungjawab Sosial
Ø Adakan Majlis Penerangan Umum
Ø Adakan Pertemuan Individu
Ø Mengadakan Kursus Agama
Ø Memberi layanan baik
Ø Membimbing ke arah memahami & menghayati Islam
Ø Memberi pertolongan kebendaan
Ø Jemput ke majlis kenduri
Ø Ziarah
Ø Baktisiswa pelajar bersama masyarakat Orang Asli.

Cabaran dalam perkembangan Islam dalam Masyarakat Orang Asli.

Cabaran memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi asam garam dalam perjuangan dakwah dalam masyarakat orang asli. Antara cabaran yang di lalui adalah seperti jarak jauh dan cabaran meredah hutan belantara untuk ke sesebuah pos atau kampong orang asli, cabaran dari masyarakat sendiri di mana ada sesetengah mereka anti kepada agama islam. Sebagai contoh ada pihak agama lain yang memburuk – burukkan Islam dalam masyarakat orang asli, cabaran kewangan, dan lain – lain lagi. Namun semua itu dapat di atasi dengan bantuan Allah SWT.

Kesimpulan

Perkembangan positif dan penerimaan masyarakat orang asli terhadap agama Islam adalah begitu memberansangkan. Ini adalah hasil perjuangan yang tidak pernah jemu dan kombinasi antara semua badan dakwah dalam menyampaikan risalah Ilahi serta bantuan dari Allah SWT. Pihak kerajaan juga tidak kira pusat atau negeri sekarang telah mengambil berat tentang dakwah kepada orang asli. Semoga suasana ini dapat lagi di tingkatkan dan Islam terus berkembang subur dalam Masyarakat Orang asli. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita untuk menjalankan kerja-kerja dakwah secara berkesan.

Rujukan :

- Kertas kerja seminar : Pendekatan Dakwah dan memahami psikologi Masyarakat orang asli, Dr Fariza Md Sham, dalam Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM

- Kertas kerja seminar : Pengalaman dan cabaran berdakwah kepada Orang asli, Dato’ Dr Hj. Abd. Razak b. Kechik, dalam Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM

- Buku Method Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan- Tesis : Ilham b. Haji Daud(2006-2007) Praktikal Pengajaran Solat terhadap saudara baru Orang Asli : Satu kajian di Islamic Outreach ABIM Kelantan, Latihan Ilmiah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

Artikel asal dari web PPIK

Wednesday, February 10, 2010

CIRI-CIRI PENDAKWAH RABBANI

Menjadi seorang pendakwah adalah merupakan satu kewajipan kepada setiap individu. Kewajipan tidak hanya terhad kepada orang-orang tertentu bahkan ia meliputi seluruh tenaga yang terdapat di dalam masyarakat Islam. Apa yang membezakannya ialah peranan mengikut bidang kemahiran masing-masing.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran, 110)

Namun perlulah diingatkan pendakwah rabbani tidak akan lahir secara automatik dan sendirinya dalam gerakan Islam. Ia perlulah dibentuk dan melalui pelbagai marhalah. Namun pembentukan ini bukanlah satu proses yang mutlak. Ada yang dipilih untuk dibentuk namun gagal lahir sebagai jundi dakwah dan ada yang tidak dibentuk, namun ternyata keikhlasan bekerja untuk Islam ternyata melebihi orang lain.

Ciri-ciri Pendakwah Rabbani

1. Mempunyai Ilmu Yang Mantap

Ilmu yang mantap adalah merupakan bekalan ang perlu ada kepada setiap tenaga dakwah. Berapa banyak keaiban yang diterima oleh Islam hanya kerana pendakwah-pendakwah yang bergerak di atas namannya ternyata tidak mempunyai kemantapan ilmu lalu mendatangkan krisis keyakinan kepada masyarakat. Pepatah Arab ada menyebut : “Orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan dapat memberikan apa-apa”.

2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya; “Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.” Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud; “Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).” Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud; “Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

3. Menyertai Jemaah

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.Firman Allah SWT: maksudnya; “Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35) Firman Allah SWT lagi: bermaksud; “Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2) Sabda Rasulullah SAW: maksudnya; “Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.” (Shahih Bukhari, Kitab Fitnah)


4. Tabah dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian

Ketabahan dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Betapa ramai orang yang ingin lahir sebagai pendakwah namun akhirnya kelayuan sebelum sempat untuk berkembang. Allah SWT berfirman yang bermaksud : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran, 142)

Oleh :Ustaz Ahmad Fadhli b. Shaari

Monday, January 18, 2010

BERPERANGLAH PADA JALAN ALLAH

FIRMAN Allah s.w.t: Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 244)

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Selepas Allah menceritakan berkenaan dengan cubaan sebahagian daripada Bani Israel yang ingin melarikan diri daripada kematian tetapi Allah mentafsirkan mereka untuk mati kemudian menghidupkan dengan begitu mudah.

“Ini merupakan pelajaran yang amat jelas bagi orang yang beriman yang apabila datang urusan berperang pada jalan Allah, maka jangan risau hai orang yang beriman jika peperangan menyebabkan kamu menerima kematian. Ini kerana mati boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Firman Allah s.w.t: Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah.

Ibnu al-Arabi berkata: “Satu kumpulan ulama kami mengatakan: Ayat ini merupakan ayat yang mujmal. Akan tetapi pendapat ini salah, malah ia adalah ayat yang umum.”

Imam Malik berkata: “Jalan-jalan Allah itu banyak.”

Al-Qadhi berkata: “Tidak ada satu jalan pun dari jalan-jalan Allah melainkan ada perjuangan ke atasnya dan padanya. Jalan Allah s.w.t yang paling awal dan agung ialah Islam.


Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad. Inilah jalanku, aku dan orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. (Yusuf: 108).

Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai menyempurnakan maksud ayat itu dengan katanya: “Barang siapa yang berperang untuk meletakkan agama Allah s.w.t. di tempat yang paling tinggi, maka dia berperang di jalan Allah s.w.t..”

Dengan itu ternyatalah apa sahaja aspek yang berkaitan dengan syariat harus berlaku peperangan kerana untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Dengan itu ternyatalah ayat itu difahami menurut keumumannya dan ada penegasan dari segi pengkhususan hukumnya.

Jika dikatakan: “Bagaimana dengan orang yang berperang kerana mempertahankan hartanya?

Kami menjawab: “Dia berperang di jalan Allah s.w.t. berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barang siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid.”

Hamka berkata: “Berperang pada jalan Allah s.w.t. adalah untuk meninggikan Kalimah Allah untuk mengamankan agama daripada ancaman musuhnya untuk mempertahankan dakwahnya. Kata Sabilillah yang bermakna Jalan Allah merangkumi maksud yang sungguh luas. Mempertahankan kemerdekaan pun dikira termasuk di dalam rangka jalan Allah s.w.t..

Sebab bangsa yang dijajah dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain seolah mereka telah dibunuh. Maka sepakatlah ahli-ahli fiqh mengatakan bahawa apabila musuh telah masuk ke dalam negeri orang Islam, maka hukumnya menjadi fardu ain untuk berperang pada waktu itu. Semua orang wajib untuk mengerahkan tenaga bagi mempertahankan negerinya dan tidak boleh ada seorang pun yang ketinggalan sehingga semuanya bersama dalam medan peperangan itu.”

Al-Baghawi berkata: “Kebanyakan ahli tafsir berpendapat ayat ini ditujukan kepada yang dihidupkan supaya berperang pada jalan Allah s.w.t. kemudian mereka keluar dari negeri mereka lari daripada jihad. Lantas Allah s.w.t. mematikan mereka kemudian menghidupkan mereka dan memerintahkan untuk berjihad. Ada pendapat mengatakan ia dituju kepada umat ini.

Al-Sonhaji berkata: “Mengikut setengah qaul (pendapat) ulama, ayat ini ditujukan kepada kaum yang tadinya telah dimatikan oleh Allah s.w.t. kemudian dihidupkan-Nya semula, maka setelah dihidupkan, mereka telah diseru supaya berperang di jalan Allah."

Mengikut setengah qaul ulama yang lain pula, ayat ini ditujukan kepada umat Muhammad s.a.w., yang maksudnya: “Janganlah kamu melarikan diri daripada kematian seperti pekerti segolongan kaum Bani Israel yang yang diceritakan dalam ayat 243 itu – mereka telah melarikan diri kerana takutkan mati. Perbuatan melarikan diri yang sedemikian tidaklah ada gunanya.

Maka dalam ayat ini terkandung seruan supaya orang mukmin itu hendaklah berjihad (berperang) pada jalan Allah.



Sayyid Qutub berkata: “Di sini kita dapat memahami sebahagian dari tujuan peristiwa ini, iaitu kita dapat memahami sebahagian daripada hikmah Allah s.w.t. menceritakan pengalaman ini kepada kaum Muslim dalam generasinya yang pertama dan dalam seluruh generasinya yang lain, iaitu janganlah kamu enggan berjihad di jalan Allah s.w.t. kerana cintakan kesenangan hidup dan takutkan mati, sebab mati dan hidup itu berada di tangan Allah s.w.t.. Oleh itu berperanglah kamu di jalan Allah, bukannya kerana sesuatu tujuan yang lain, dan berjuanglah kamu di bawah panji-panji yang lain. Berperanglah kerana Allah.

Firman Allah Taala: Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sayyid Qutub berkata: “Maksudnya Allah s.w.t. mendengar segala perkataan dan mengetahui segala rahsia atau tujuan di sebaliknya. Allah mendengar segala permohonan dan memperkenankannya dan Dia mengetahui pula segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan dan hati mereka. Berperanglah di jalan Allah s.w.t. kerana di dalam perjuangan ini tidak ada amalan yang sia-sia di sisi Allah.

Jihad kerana Allah s.w.t. itu merupakan satu pengorbanan. Pendermaan harta dan infak kerana Allah s.w.t. biasanya digandingkan di dalam al-Quran dengan pembicaraan jihad dan peperangan, terutama di masa jihad itu merupakan amalan sukarela dan para mujahid terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Kadang-kadang ia tidak dapat berjihad kerana harta tidak ada, oleh sebab itulah perlu adanya galakan yang berterusan (mendesak orang ramai) mengeluarkan derma untuk memberi kemudahan kepada para mujahidin di jalan Allah s.w.t.. Oleh itu di sini (ayat yang berikut) mengemukakan seruan derma dan infak dalam bentuk yang amat menarik.

Al-Sonhaji berkata: “Allah itu Maha Mendengar akan ulasan-ulasan dan alasan-alasan orang tentang seruan berjihad itu, sama ada menyambut seruan itu dengan patuh ataupun enggan mematuhinya sambil berdalih mengemukakan berbagai alasan. Lagi mengetahui, yakni Allah Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-Nya, yang mana semuanya itu kelak akan diberi-Nya balasan.”

Al-Qurtubi berkata: “Allah s.w.t. mendengar ucapan kamu seperti mana mereka berkata dan mengetahui kehendak kamu dengannya.”



Iktibar Ayat:

* Imam Nasafi berkata: “Galakan supaya berjihad selepas diberitahu kerana tidak mungkin kita boleh melarikan diri daripada mati.”

* Al-Maghari berkata: “Arahan dalam ayat ini supaya kita menghiasi diri kita dengan sifat berani dan memakai seluar kekuatan supaya musuh berasa gerun dan kita menjadi golongan yang mulia dan hidup dalam kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

* Mengisbatkan sifat Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

sumber dari utusan


p/s:gambar di atas menceritakan sedikit sebanyak jalan juang yang perlu ditempuhi semasa berdakwah ke pedalaman orang asli .. Doakan semoga kami dan para Da'e ini terus istiqamah dalam memperjuangkan agama yang Haq iaitu agama Islam kepada golongan sasaran ini... Allahu Akhbar!..