Tuesday, December 15, 2009

QURBAN EIDULADHA POS BROOKE KELANTAN 1430H

PROGRAM RAYA HAJI DAN IBADAH QURBAN POS BROOKE,
GUA MUSANG KELANTAN

TARIKH:
27 NOVEMBER 2009

PENYELARAS IBADAH QURBAN:
EN SHAMSULMUDDIN BIN AHMAD SHAH
014-2295012

JAWATANKUASA:
7 PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Azhar
Faiz
Ismail
Yusuf
Adam
Daniel
Rahman

dan
Nasir (IOA)

JUMLAH QURBAN:
4 EKOR LEMBU





Senarai nama penyumbang binatang Qurban di pos Brooke




TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG QURBAN YANG TERDIRI:

1.Wan Abdul Halim Wan Muhammad

2.Sidiq Ahmad

3.Dato Mazlin

4.PCIM

5.Dr Syed Hassan

6.Dr Sinari Solleh

Friday, October 2, 2009

SAMBUTAN RAYA DI POS BROOKE,GUA MUSANG, KELANTAN

Raya pertama & Raya Kedua-20&21 Sept 2009

Gambar-gambar sekitar program raya di Kg Jerdip,Kg mendrop,Kg Sigar,Kg Penangau,Kg Brooke Lama,Kg Jegjok dan Kg jelgel di Gua Musang Kelantan.Bersama-sama berkongsi dan meraikan kegembiraan dan mengukuhkan tali silatulrahim semasa menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini kepada masyarakat asli yang baru memeluk Islam di sana..


Sembahyang Raya


Ziarah raya ke kampung-kampung di Pos Brooke








Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk warga asli beragama Islam di Pos Brooke
dari IOA

Friday, August 21, 2009

DAKWAH SECARA BERHEMAH KEPADA MASYARAKAT ASLI

Setiap umat Islam adalah pendakwah, masing-masing ada tugas untuk mengajak manusia lain kepada Islam dan mengamalkan Islam. Malah urusan dakwah perlu dipelbagaikan mengikut sasaran penerimanya.

Mungkin beberapa orang pendakwah perlu dihantar ke beberapa perkampungan orang Asli untuk duduk bersama orang Asli beberapa lama bagi tujuan mengislamkan mereka. Tetapi untuk mendakwah orang Cina atau India, tidak perlu duduk bersama mereka, tetapi cukup dengan bergaul dengan mereka setiap hari.

Tetapi satu persoalan yang perlu fikirkan hari, sejauhmana umat Islam menjalankan kerja dakwah tersebut. Berapa ramai yang turun padang dan berada di lokasi dakwah dalam tempoh yang lama? Negara ini negara kita dan Perlembagaan Persekutuan melindungi Islam dan umatnya dalam urusan dakwah, tetapi kenapa kita takut untuk berdakwah.

Dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Menurut perkara itu Islam menjadi agama untuk seluruh negara termasuk dalam perkampungan orang Asli. Ke mana tempat yang kita pergi di seluruh perusuk negara boleh dilaksanakan Islam di situ. Jika ada pihak yang menghalang pengamalan Islam di situ, mereka sebenarnya telah melanggar perlembagaan.
Walau bagaimanapun perlembagaan memberi kebenaran kepada pengamal agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka dengan bebas. Malah mereka boleh menyebarkan agama mereka kepada orang lain selain daripada umat Islam.

Selain itu dengan peruntukan Perkara 3(1) juga menjadikan Islam berada di atas dalam pentadbiran negara. Ertinya, pemerintahannya mesti berasaskan Islam, pemimpinnya orang Islam dan semua urusan dalam pentabiran dirujuk kepada Islam.

Berdasarkan itu, urusan dakwah di negara ini boleh dijalankan dengan bebas tanpa kekangan mana-mana pihak malah disokong oleh pemerintah. Tetapi sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, urusan dakwah di negara ini masih terdapat kekangan kerana semua pihak yang terlibat tidak benar-benar memahami peruntukan perlembagaan itu.


Pendakwah yang melebalkan diri mereka sebagai pendakwah bebas kononnya akan bergerak ke mana-mana tempat di negara ini berdasarkan permintaan. Ada yang memberi ceramah di masjid, ada juga yang berceramah di surau, dan tidak kurang juga yang membentangkan kertas kerja di dewan tertentu. Pendakwah bebas atas nama bebasnya agak lantas memberi hujah termasuk mengkritik pemerintah.

Tetapi belum ada lagi pendakwah bebas ini turun padang ke kampung orang Asli dalam tempoh yang lama. Apatah lagi untuk duduk berkampung dan berkahwin dengan orang Asli. Alasannya, tiada siapa yang sanggup membayar perkhidmatan mereka dalam tempoh dalam perkampungan itu.

Manakala pendakwah kerajaan pula, mereka tertakluk kepada peraturan pejabat, kalau dipanggil untuk memberi ceramah di masjid dan surau atau di mana-mana seminar anjuran kerajaan, mereka dibayar alaun. Malah kadang-kadang penganjur akan memberi saguhati lagi kepada mereka.
Sungguhpun begitu, mereka juga berpeluang berdakwah di tempat tertentu di luar waktu pejabat. Namun mereka pergi ke tempat tersebut atas permintaan penganjur dan dibayar setiap kali memberi ceramah di situ.


Persoalan sekarang, adakah pendakwah kerajaan turut turun padang berdakwah orang bukan Islam termasuk orang Asli? Jawapannya, ada. Tetapi tenaganya tidak ramai dan waktu yang diperuntukkan amat terbatas. Mungkin masuk kawasan orang bukan Islam hanya untuk urusan memberi hadiah. Dan keberadaan mereka di perkampungan orang Asli hanya selama dua tiga hari.

Kadang-kadang pendakwah kerajaan ini menjadikan aktiviti ini sekadar untuk menghiburkan diri bagi menghilangkan tekanan kerja di pejabat. Selain itu mereka beroleh alaun bertugas di luar pejabat.

Keadaan ini amat berbeza dengan mubaligh Kristian, mereka membuat kerja dengan betul-betul. Selain tenaga mereka yang ramai, mereka sanggup berkampung dan beranak pinak di sesuatu tempat yang menjadi sasaran mereka.

Bagi mubaligh Kristian mereka tidak fikirkan soal kewangan kerana banyak NGO bukan Islam yang memberi sokongan kepada mereka. Mereka tidak perlu fikir hendak makan apa kerana di mana mereka pergi, mereka boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan boleh makan bersama mereka.

Dalam hal ini saya mengucap syabas kepada kumpulan Tabligh kerana mereka sanggup berjalan seluruh dunia untuk berdakwah tanpa memikirkan soal kewangan. Mereka sanggup keluar duit sendiri malah sanggup cuti tanpa gaji untuk urusan dakwah.

Walau bagaimanapun penulis tidak tahu apakah pendakwah ini turut turun padang menemui orang bukan Islam termasuk orang Asli. Apa yang boleh dipastikan, mereka juga bergeligar dalam kalangan orang Islam dan mengajak orang yang sedia ke masjid dan surau untuk bersama–sama mereka.

Jelas di sini, peruntukan perlembagaan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh umat Islam, pihak berkuasa agama, dan kerajaan sendiri. Semua pihak hanya bertindak sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hakikatnya kita tidak serius mengajak orang lain untuk mengenali Islam walaupun tidak sanggup mengajak mereka kepada Islam. Buktinya, sepanjang kita bergaul dengan kawan kita yang bukan Islam, pernahkan kita menceritakan kebaikan Islam kepadanya? Kita tidak berani, kononnya sensitif. Padahal mereka tidak pernah berfikiran begitu.

Renung-renungkan..

Friday, July 31, 2009

JALAN DAKWAH

Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini.







Tuesday, June 2, 2009

buat renungan!

"Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya."(Hadis sahih Al-Bukhari)

selamat datang!

Ahlan wasahlan!selamat datang ke dunia blogku..